22.3 C
Malaysia
Saturday, December 9, 2023

Sistem BRT dapat menyelesaikan masalah kesesakan trafik di bandar

Ramai orang tak suka naik bas sebab bas selalu datang lewat, buat orang jadi lewat sampai ke tempat kerja. Masalah ni berlaku kerana bas pun terperangkap dalam kesesakan trafik sekali dengan kenderaan lain.

Di Indonesia, TransJakarta Bus Rapid Transit menyelesaikan masalah ini dengan membina lorong khas bas di atas jalan raya. Lorong ini diasingkan dengan penghadang konkrit jadi kenderaan persendirian lain tak boleh masuk ke lorong khas bas.

Apabila bas mempunyai lorong khas, ia tidak lagi tersekat dalam kesesakan trafik dengan kenderaan lain, ia boleh berjalan mengikut jadual perjalanan yang tetap dan menjadi servis yang boleh diharap dan sama efisyen seperti pengangkutan rel.

Kos membina sistem BRT biasanya lebih murah berbanding kos membina sistem rel kerana biasanya ia menggunakan infrastruktur jalan raya yang sedia ada – satu lorong jalan raya bandar ditutup dan dijadikan lorong khas bas. Cara pembinaan ini juga menjimatkan kerana sistem BRT tidak memerlukan mereka untuk menggali terowong bawah tanah baru atau membina jejambat baru.

Walaupun buat masa kini majoriti sistem BRT masih menggunakan bas yang menggunakan bahan api fosil, banyak sistem BRT mempunyai perancangan untuk menukarkan bas mereka kepada bas diesel-elektrik hybrid atau bas elektrik penuh untuk lebih mesra alam.

Banyak bandaraya dunia yang menggunakan sistem BRT. Antara sistem BRT yang boleh dicontohi ialah sistem BRT di Bogota; Colombia, Guangzhou; China dan Seoul; Korea Selatan.

Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Putrajaya bila nak ada sistem BRT?

Sumber : GAGS Malaysia

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 8, 2023 3:56 pm

Latest Articles

Skip to toolbar