22.1 C
Malaysia
Monday, May 29, 2023

Siri iPod Touch bakal dikuburkan Apple

Kali terakhir iPod Touch dilancarkan adalah generasi ke-7 dalam tahun 2019. Pemain media poket ini menggunakan SoC sama seperti siri iPhone 7. Apple hari ini secara rasminya mengumumkan menghentikan gajet poket yang berusia lebih 20 tahun ini dan sesiapa yang berminat untuk dapatkannya sementara stok masih ada.

Untuk gajet yang berusia memasuki tahun ke-3, harganya bukanlah murah pun. Harganya adalah seperti berikut:

  • iPod Touch 7 32GB – RM899
  • iPod Touch 7 128GB – RM1,349
  • iPod Touch 7 256GB – RM1,799

Spesifikasi iPod Touch 7

Gajet ini agak kompak. Ia ada paparan 4” dengan resolusi tak sampai HD+ pun. Memang jelas ia ditujukan untuk pengguna melayani kandungan audio berbanding video.

Namun disebabkan ia masih sebuah peranti pintar, ia menjalankan sistem operasi iOS dan mampu melakukan kerja-kerja iPhone, sebahagian besarnya.

Ia ada kamera belakang 8MP dan kamera selfie 1.2MP. Capaian Internet dilakukan melalui Wi-Fi 5 dan ia ada Bluetooth 4.1 untuk ditambat pada kelengkapan audio tanpa wayar anda.

Sumber: Apple

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
19,122
Total active cases
Updated on May 28, 2023 7:40 pm

Latest Articles

Skip to toolbar