Barcelona: Skuad Sepanyol menerima sambutan meriah sekembalinya mereka ke Catalonia dan bertindak balas dengan kemenangan menewaskan Albania 2-1 pada perlawanan pertama mereka di Barcelona dalam tempoh 18 tahun.
Dani Olmo menjaringkan gol kemenangan minit ke-90 untuk memberi kemenangan kepada La Roja di hadapan 35,000 penyokong yang membanjiri Stadium Espanyol RCDE.
Perlawanan persahabatan pertama dari dua perlawanan dalam tempoh rehat antarabangsa mendorong jurulatih Luis Enrique melakukan eksperimen terhadap skuadnya menjelas Piala Dunia di Qatar akhir tahun ini.
Sepanyol selepas ini akan melayan kunjungan Iceland di A Coruna Selasa ini.
Sepanduk besar dengan tulisan ‘Barcelona’ ditulis pada bendera merah dan kuning Sepanyol dibentangkan di tempat duduk utama sebelum perlawanan persahabatan berlangsung dan penonton melaungkan lagu ‘Viva Espana.’
“Saya tidak ingat bila perlawanan saya bermain atau melatih di mana penyokong begitu teruja,” kata Luis Enrique.
“Kami tidak boleh tunggu untuk 18 tahun lagi bermain di sini.”
Perlawanan terakhir Sepanyol yang berlangsung di Barcelona pada 2004 ketika mereka menang ke atas Peru dalam perlawanan persahabatan di Stadium Montjuic Olympic.
Mereka sebenarnya boleh beraksi lebih awal di Barcelona itu pada 2017 namun Catalan gagal dalam usaha memisahkan diri dari Sepanyol seterusnya mencetuskan krisis politik yang mendalam di negara Iberia itu.
Rekod Sepanyol di bandar Catalan itu adalah 10 kemenangan, lima seri dan tiga kekalahan.