22.3 C
Malaysia
Friday, December 8, 2023

Seorang wanita parah, 2 cedera dihempap pokok tumbang

Seorang wanita parah manakala dua lagi cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka dihempap sebatang pokok di Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.40 petang melibatkan dua buah kenderaan jenis Volkswagen Polo dan Perodua Myvi.

Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak dan Pudu dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) telah tiba di lokasi untuk memberi bantuan.

“Kejadian ini telah menyebabkan dua wanita cedera ringan manakala seorang lagi wanita cedera parah.

“Kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata, sebatang pokok telah tumbang di Jalan Bukit Bintang menghala ke Jalan Raja Chulan.

“Insiden terbabit telah menyebabkan seorang wanita tempatan yang menaiki kereta jenis Volkswagen Polo telah patah kaki dan tersepit dalam kenderaan tersebut.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak hospital untuk menerima rawatan,” jelasnya.

Lihat Video : Facebook

Sumber : KOSMO! ONLINE.

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 8, 2023 2:56 pm

Latest Articles

Skip to toolbar