25.1 C
Malaysia
Wednesday, September 21, 2022

Seorang lelaki borong ayam penuh satu troli! Pasar raya jual tanpa had kawalan

ISU kenaikan harga ayam dan beberapa barangan keperluan lain di Malaysia terus menjadi kebimbangan masyarakat.

Malah harga ayam segar dijangka mampu naik mencapai RM15 sekilogram (kg) mulai Julai, selepas skim harga maksimum runcit bahan mentah itu tamat akhir bulan ini.

Namun tindakan segelintir pihak memborong ayam dalam jumlah yang banyak di pasar raya menambah derita pengguna lain mendapatkan bahan mentah itu.

Menerusi Twitter, tular satu video memaparkan seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa menyaksikan sendiri seorang pelanggan memborong sehingga lebih 40 ekor ayam.

“Bagus kak, pertahankan hak B40. At least dia dah complaint tapi management pasar raya tak layan lepas tu baru dia viralkan,” tulis pengendali akaun tersebut.

Menerusi rakaman berkenaan, wanita tersebut berkata dia kesal apabila kunjungannya pada awal pagi di pasar raya berkenaan untuk membeli ayam hampa kerana semua habis diborong tanpa kawalan.

“Pukul 8.30 pagi saya pergi nak beli ayam tapi waktu tu tak dapat seekor ayam pun.

“Semua ayam ‘disapu’ oleh seorang saja customer. Dalam troli ada lebih 40 ekor ayam,” katanya dalam video tersebut.

Malah menerusi video berdurasi 1 minit 18 saat, wanita ini turut berkongsi rakaman menunjukkan pelanggan yang tidak bertimbang rasa itu memenuhkan troli dengan ayam.

Dakwanya lagi, kemungkinan bahawa pelanggan lelaki ini memiliki restoran atau kedai runcit sendiri untuk menjual semula ayam dengan harga lebih mahal.

Enggan terus membiarkan perkara sama terus berlaku tanpa kawalan, wanita terbabit membuat aduan kepada pihak pengurusan pasar raya.

“Kenapa buat macam ni (tidak kawal jumlah pembelian)? Nanti orang lain datang nak beli ayam macam mana?” soalnya kepada kakitangan pasar raya berkenaan.

Kedengaran salah seorang kakitangan tersebut menjawab: “Nanti mereka tahan di kaunter”.

Jawapan itu ternyata terus mengundang kemarahan wanita tersebut.

“Dekat kaunter pun mereka tak tahan! Dia dah bayar pun, lepas tu dia dah pergi,” katanya dengan penuh rasa marah dan kecewa.

Perkongsian tersebut turut mengundang reaksi kurang senang netizen kerana menganggap pelanggan itu bersikap pentingkan diri.

Meninjau di ruangan komen, pelayar Twitter bersetuju dengan tindakan wanita berkenaan kerana membuat aduan kepada pihak pengurusan walaupun hampa dengan jawapan diberikan.

“Harap supermarket jangan biar orang kurang ajar dan pentingkan diri macam ni beli suka-suka. Lebih sesuai seorang boleh beli maksimum dua atau tiga ekor ayam saja.

“Yang ni betul! Selalu sangat orang beli ayam penuh troli. Lepas tu sampai dekat kami terkulat-kulat ayam dah tak ada. Kalau boleh hadkan beli minyak, kenapa ayam pun tak limitkan?

“Ayam dekat sini murah berbanding dekat pasar. B40 memang selalu beli di pasar raya sebab lagi murah.

“Betul akak ni… pihak pengurusan tolong hadkan satu orang limit dua atau tiga ekor. Orang lain nak juga rasa ayam murah. Kesian pada pelanggan lain yang balik kerja singgah nak cari barang basah nak masak untuk famili.

“Jangan fikir untung saja. Yang tauke restoran minta tolonglah cari ladang kalau nak borong. Kasihan orang lain,” demikian antara komen beberapa netizen.

Video asal dikongsikan oleh pemilik akaun tersebut di TikTok bagaimanapun telah dipadam namun dikongsikan semula di platform Twitter.

Sehingga kini perkongsian video tersebut meraih lebih 20,000 jumlah tontonan serta hampir 1,000 re-tweet.

Sumber : MStar

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,715
Total active cases
Updated on September 21, 2022 5:42 am

Latest Articles

Skip to toolbar