21.1 C
Malaysia
Saturday, September 24, 2022

Selepas Mael Totey, Syahmi Sazli pertaruh 35MM

SELEPAS mencipta fenomena industri kreatif negara melalui filem sulung, Mael Totey The Movie, Muhammad Syahmi Sazli, 27, tampil dengan karya baharu bertajuk 35MM yang disifatkan berbeza daripada karya-karyanya sebelum ini.

Masih mengekalkan Mohd Asyiff Suhaimi atau Asif, 20 dan Yoe Parey atau Muhammad Ashrul Hakim Lukman, 24 termasuk dirinya sebagai peneraju utama, Syahmi menjelaskan, melalui 35MM, penonton akan melihat sisi berbeza lakonan mereka bertiga.

“Filem ini adalah berkonsepkan fantasi komedi. Cuma lawak-lawak spontan yang menjadi identiti karya saya seperti dalam cerita Mael Totey The Movie dan drama spontan sebelum ini sudah tiada. Maksudnya elemen seperti tengok kamera ketika berlakon sudah tiada.

“Ketiga-tiga watak utama ini tampil dengan karakter lebih serius. Kalau anda mahu tengok sisi berbeza Asif dan Yoe Parey yang berlakon dengan lebih serius, anda perlu menonton kelainannya sendiri,” katanya.

35MM berkisarkan tentang sebuah kamera klasik yang ditemui oleh tiga bersaudara, Mi, Yoe dan Asif.

Ketiga-tiga mereka kemudiannya terperangkap dalam lima zaman iaitu Dinasti China, zaman penjajahan British dan Jepun di Tanah Melayu, tahun 1992 serta tahun 1997.

“Mereka bertiga cuba untuk kembali ke zaman asal tetapi kemuncak filem ini menyaksikan Yoe tidak mahu kembali atas satu sebab yang berlaku. Sebab apa? Semuanya ada dalam filem ini,” kata Syahmi sambil menjelaskan karya ini adalah arahan bersama Seni Bayan atau nama sebenarnya Ahmad Hashim.

Selain Asif dan Yoe Parey, filem yang bakal menemui penonton pada 21 Jun di Astro First nanti turut menampilkan pelakon terkemuka lain seperti Hushairy Hussein, Kenji Sawahi serta pelakon-pelakon yang pernah menerajui drama spontan Syahmi Sazli.

Bercerita mengenai pembikinan 35MM, Muhammad Syahmi berkata, filem itu mengambil masa selama tiga bulan bermula Disember tahun lalu.

“Pada awalnya kami menetapkan tempoh 21 hari untuk sesi penggambaran tetapi berlaku beberapa kejadian yang tidak dapat dielakkan sehingga ianya berakhir pada bulan Mac lalu. Filem ini juga tampil dengan teknik imej janaan komputer (CGI) yang keseluruhan pembikinannya menelan belanja sebanyak RM1 juta,” jelasnya.

Filem Mael Totey The Movie sebelum ini meraih kutipan RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari tayangan di platform Astro First. Ia mula ditayangkan pada 22 Oktober 2020 dan dilaporkan memecah dominasi rekod filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah sebagai filem terlaris untuk tayangan platform itu.

Sumber : The Sinar Plus

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,659
Total active cases
Updated on September 23, 2022 4:54 pm

Latest Articles

Skip to toolbar