25.4 C
Malaysia
Saturday, September 30, 2023

Sekumpulan pemandu kereta mewah pandu secara bahaya dicari

Kota Tinggi: Polis mengesan konvoi tujuh kereta mewah bernombor pendaftaran Singapura yang memandu dan memotong secara merbahaya sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, ia berdasarkan rakaman dua video yang tular di laman sosial.

Katanya hasil siasatan yang dijalankan mendapati kesalahan tersebut dilakukan di kilometer 42 Jalan Sg Rengit – Kota Tinggi arah Kota Tinggi menghala ke Bandar Penawar/Sg Rengit.

“Kenderaan yang dikenalpasti jenis kenderaan mewah bernombor pendaftaran SLW3839P, kereta warna putih (EN403M), kereta warna putih (SKH3888M) dan kereta warna merah (SMG80C).

“Turut dikesan kereta warna hitam bernombor pendaftaran SBA479Z, kereta warna kuning (SMZ986P) dan kereta warna putih (SNF19A).

“Pihak polis sedang mengesan kesemua pemandu kereta terbabit. Polis daerah Kota Tinggi memohon kerjasama pemilik kenderaan supaya dapat hadir ke bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik IPD Kota Tinggi bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat di bawah kaedah 6 (1) LN166/59 iaitu memotong secara merbahaya.

Dalam video berdurasi dua minit dan 35 saat memaparkan beberapa kenderaan mewah terbabit memotong secara merbahaya di garisan berkembar, yang jelas menunjukkan larangan memotong bagi kenderaan.

Sumber : Harian Metro

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar