31.3 C
Malaysia
Sunday, September 25, 2022

Saya nak saman dia 1 juta – Aliff Syukri

Kuala Lumpur: Usahawan juga selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 35, bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu juga penyanyi yang memfitnah dirinya memondan dalam video muzik lagu Kelepok Raya.

Aliff Syukri berkata, kenyataan dimuat naik individu itu di media sosial dianggap keterlaluan.

“Dia tak patut kata macam tu. Tak kisah kalau dia nak kutuk suara saya, sebab sebelum ini pun ramai juga artis yang mengata saya. Tapi saya okay dan tak kisah sebab tak membabitkan perkara sensitif. Namun, apabila dia menyentuh perkara lain dan petik nama, ia satu fitnah.

“Jadi, saya sudah serahkan perkara ini pada peguam. Saya nak saman dia RM1 juta. Biar pihak berwajib buat kerja,” katanya.

Aliff Syukri berkata, tindakan individu itu adalah tidak wajar selain sengaja mahu memalukan dirinya pada umum.

“Saya pakai baju Melayu dalam video muzik itu. Saya bukan berpakaian wanita. Jadi, sangat tak wajar dia cakap macam tu.

“Saya jenis tak suka cari gaduh dengan orang. Saya pun tak pernah kenal dia siapa,” katanya.

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,278
Total active cases
Updated on September 25, 2022 9:06 am

Latest Articles

Skip to toolbar