22.4 C
Malaysia
Friday, June 2, 2023

Saya akan buat apa saja dengan kuasa saya untuk Bella

Johor Bahru: Nasib malang menimpa remaja perempuan Sindrom Down, Bella mendapat perhatian isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Beliau menerusi perkongsiannya dalam akaun Twitter menyatakan akan berusaha bagi menuntut keadilan bagi Bella.

“Saya akan buat apa saja bagi mendapatkan keadilan buat Bella.

“Saya jelik dengan pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa saja terhadap kanak-kanak tidak berupaya dan fikir mereka akan terlepas.

“Kamu boleh berselindung di sebalik barisan peguam kamu tetapi akhirnya karma akan tiba kepada kamu di dunia mahupun akhirat. Awak pasti akan menjadi contoh kepada pengecut di luar sana supaya tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan sama di masa depan,” katanya di media sosial hari ini.

Kes penderaan Bella yang kini dalam proses perbicaraan mendapat perhatian ramai berikutan pendedahan saksi terhadap kekejaman yang dilakukan kepada kanak-kanak berusia 13 tahun itu.

Saksi pendakwaan memberitahu mahkamah kanak-kanak itu didera teruk antaranya dipukul, dibogelkan, diikat dengan tali dan dicurah air panas.

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31, didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengabaikan dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan terhadapnya adalah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 2, 2023 12:01 am

Latest Articles

Skip to toolbar