23.8 C
Malaysia
Saturday, September 24, 2022

Samsung Galaxy Z Flip 3 Pokémon Edition

Samsung sedang bersiap sedia untuk mengumumkan Galaxy Z Flip 3 versi Pokemon pada 24 April 2022. Laman rasmi untuk kira turun majlis tersebut sudahpun berjalan sekarang.

Di laman tersebut, anda boleh lihat apa yang bakal anda terima bila anda dapatkan seunit daripadanya. Bermula dengan telefon, warnanya adalah hitam, sama sepert penawaran sekarang yang bermakna tiada sebarang perubahan pada set asal telefon ini.

Tema Pokemon  diterapkan Samsung bermula dengan casing lutsinar yang boleh anda selitkan gambar-gambar Pokemon kegemaran. Anda juga dapat pouch bag untuk mengisi telefon dan seterusnya disangkutkan di bahagian leher. Ada juga kelihatan keychain ekor Pikachu dan aksesori Pokeball.

Harga masih belum diumumkan, apetah lagi keberadaannya dalam pasaran Malaysia. Saya yakin yang harganya pasti lebih tinggi daripada versi biasa yang sedang ditawarkan pada harga bermula RM3,999.

Kalau anda sedang berkira-kira untuk dapatkan Galaxy Z Flip 3 dan tak nak menunggu versi Pokemon, Samsung sedang adakan kempen Impian Raya Bersama sehingga 15 Mei 2022.

Di bawah kempen itu. anda berpeluang untuk memenangi salah satu daripada hadiah berjumlah RM1.2 juta yang disediakan melalui cabutan bertuah.

Sumber: Samsung

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,717
Total active cases
Updated on September 24, 2022 11:15 am

Latest Articles

Skip to toolbar