21.8 C
Malaysia
Sunday, June 11, 2023

Saman masih dikeluarkan kesalahan tidak memakai pelitup muka

PETALING JAYA: Polis menarik balik pekeliling bertarikh 20 April lalu yang menyatakan individu tidak memakai pelitup muka di tempat awam tidak akan dikenakan denda lagi.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Zaini Jass berkata, terdapat “kesilapan teknikal” berhubung pekeliling berkenaan, oleh itu ia ditarik balik.

“Kami menarik balik pekeliling itu apabila menyedari kesilapan itu.

“Polis akan terus mengeluarkan denda kepada individu yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam,” katanya kepada FMT.

Pekeliling yang kini ditarik balik itu menyatakan polis tidak akan mengeluarkan saman, sebaliknya hanya menasihati orang ramai memakai pelitup muka, jika mereka didapati tidak berbuat demikian.

Menurutnya, ini selaras SOP terkini yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sempena bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya.

Katanya, pasukan pematuhan Op Covid-19 perlu membuat pemantauan bagi memastikan penjarakan fizikal di bazar Ramadan dan dron akan digunakan untuk memastikan SOP dipatuhi.

Sumber : Free Malaysia Today

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
17,316
Total active cases
Updated on June 11, 2023 1:11 am

Latest Articles

Skip to toolbar