22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Saluran YouTube Rapper Namewee digodam, hampir 1,000 video hilang

KUALA LUMPUR, 6 April — Penyanyi rap dan pembuat filem Malaysia Namewee cuba mendapatkan semula video yang hilang selepas saluran YouTube miliknya yang mempunyai lebih tiga juta pelanggan digodam baru-baru ini.


Ejen penyanyi rap itu memberitahu Focus Taiwan bahawa mereka sedang menghubungi YouTube untuk mendapatkan bantuan bagi mendapatkan semula hampir 1,000 muzik dan video ulasan Namewee yang hilang dalam sekelip mata.

Tajuk saluran YouTubenya juga ditukar daripada 'Namewee' kepada ayat Rusia.


Menurut Namewee menerusi Instagramnya, beliau telah menguruskan saluran YouTube itu sejak 2006 dan ia mengumpul sejumlah 3.27 juta pelanggan selain memperoleh lebih satu bilion tontonan secara keseluruhan.
“Sekarang pukul 10 di London dan saluran YouTube saya telah digodam oleh seseorang dari Rusia.

“Saya sudah menguruskan saluran ini selama 13 tahun. Ia adalah perjalanan yang sangat panjang tetapi semuanya telah hilang sekarang,” katanya sebelum mengakhiri video dengan mesej eksplisit dalam bahasa asing kepada penggodam.

Tinjauan pantas melalui saluran YouTubenya mendedahkan bahawa beberapa video Namewee telah dipulihkan di bahagian 'video' dan 'senarai main' salurannya.
Namewee – Youtube channel selepas di hack
Pengarah Nasi Lemak 1.0 yang kontroversi itu berada dalam air panas November lalu selepas lagunya Fragile ditarik dari perkhidmatan penstriman muzik di China hanya sehari selepas tayangannya.

Lagu yang turut menampilkan penyanyi Australia, Kimberly Chen, telah disapu oleh penapis di tanah besar China kerana ia didakwa mempersendakan pengguna internet China.

Video itu telah ditonton lebih 10 juta kali dan dilihat menjadi sohor kini di nombor satu di YouTube di Taiwan dan Hong Kong.

Rapper itu juga menjadi tumpuan untuk lagu 2021 You Know Who Is My Father.

Namewee dihujani dengan komen peminat Kpop selepas dia membuat kenyataan mengenai kumpulan gadis Kpop popular, Blackpink dalam lagunya.

Peminat Kpop menyerunya untuk mengeluarkan lagu itu, namun dia memilih untuk berterima kasih kepada mereka atas tontonan tambahan pada videonya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 6:16 pm

Latest Articles

Skip to toolbar