22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Runner ditahan ketika hantar ketum

Dua ‘runner’ diberkas ketika sedang melarikan 950 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM14,250 yang sepatutnya dihantar ke Changlun, dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Anuar Abdul Rahman berkata, dua lelaki tempatan berusia 30 dan 41 tahun itu ditahan bersama lori dengan muatan 95 bungkusan plastik hitam di mana setiap satu bungkusan mengandungi daun hijau disyaki ketum seberat kira-kira 10kg, di Taman Batik di sini.

Menurutnya, hasil maklumat awal mendapati, daun ketum terbabit telah diambil dari Pendang dan perlu dihantar ke Changlun dengan upah sebanyak RM1,000 bagaimanapun, disebabkan bimbang dihidu pihak berkuasa, mereka terpaksa menukar laluan dan memandu menghala ke Sungai Petani iaitu tempat tinggal kedua-dua suspek.

“Namun, sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Petani yang sedang melaksanakan rondaan cegah jenayah bagaimanapun berjaya menahan dua lelaki itu dalam keadaan mencurigakan.

“Kesemua rampasan ketum dianggarkan bernilai RM14,250 yang boleh digunakan sehingga 23,750 penyalahgunaan air ketum,”katanya.

Hasil semakan mendapati suspek berusia 41 tahun mempunyai rekod lampau berkaitan khianat dan ugutan jenayah, manakala seorang lagi berusia 30 tahun mempunyai rekod lampau berhubung kes menghalang tugas penjawat awam dan judi.

“Kita percaya, daun ketum ini akan dihantar ke pasaran negara jiran dan kegiatan ini dipercayai didalangi lelaki warga Thailand,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya sekali.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 7:17 pm

Latest Articles

Skip to toolbar