22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Ronaldo mohon maaf jatuhkan telefon bimbit penonton Everton


London: Cristiano Ronaldo memohon maaf kerana menepis telefon salah seorang penyokong ketika dia meninggalkan padang selepas kekalahan 1-0 Manchester United di tangan Everton.

Rakaman di media sosial menunjukkan bintang Portugal itu bertembung dengan salah seorang penyokong Everton ketika dia sedang memasuki terowong di Goodison Park.

“Ia bukan mudah untuk menangani emosi dalam saat sukar seperti yang kami hadapi sekarang. Bagaimanapun kami perlu sentiasa menghormati, sabar dan memberikan contoh terbaik kepada generasi muda yang mencintai sukan ini.

“Saya ingin memohon maaf di atas sikap saya, jika boleh, saya ingin menjemput penyokong ini untuk menonton perlawanan di Old Trafford sebagai tanda semangat kesukanan dan fair-play,” kata Ronaldo.

Kekalahan itu meletakkan United di tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris, enam mata di belakang tempat terakhir untuk kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 7:17 pm

Latest Articles

Skip to toolbar