22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Ronaldo Belum Mahu Bersara

Cristiano Ronaldo bersedia untuk menghadapi playoff Piala Dunia dengan menolak dakwaan dia akan bersara sambil meminta negaranya bersatu untuk menamatkan kisah dongeng Macedonia Utara.

“Siapa yang akan menentukan masa depan saya ialah saya,” kata pemain berusia 37 tahun itu yang cuba menjadi seorang daripada pemain yang beraksi dalam lima Piala Dunia.

“Jika saya rasa mahu bermain lebih lama, saya akan lakukan. Saya ialah bos, tamat cerita di situ.”

Selepas Macedonia Utara mengejutkan Itali menerusi kemenangan 1-0 minggu lalu, presiden negara berkenaan Stevo Pendarovski menerusi Twitter berkata: “Bersedia Cristiano, awak seterusnya.”

Ronaldo membalas: “Macedonia mengejutkan semua orang tetapi mereka tidak akan mengejutkan kami. Portugal akan menjadi lebih baik dan akan ke Piala Dunia.”

Dengan penonton dijangkakan penuh dekat Porto awal pagi esok, dia meminta penyokong menampilkan perwatakan terbaik seperti ketika mereka menewaskan Turki 3-1.

“Saya mahu menyanyikan lagu kebangsaan kami tanpa muzik,” kata Ronaldo. “Jika ia sama seperti pada Khamis, saya yakin kami akan menang.” – AGENSI

Sumber : Berita Harian

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 5:16 pm

Latest Articles

Skip to toolbar