22.1 C
Malaysia
Friday, September 30, 2022

Robot kupas kulit pisang

Tokyo: Kewujudan robot di sebuah kilang di Jepun bukan hanya membantu menjalankan tugas mudah seperti menghantar makanan kepada pelanggan restoran, namun penyelidik mendedahkan kelebihan inovasi itu yang berupaya mengupas kulit pisang tanpa mengeluarkan buah di dalamnya.

Walaupun kejayaan mesin ini hanya pada tahap 57 peratus, pengupasan kulit pisang menunjukkan kemajuan masa depan.

Ia menerusi keupayaan robot menjalankan tugas yang ‘lebih halus’ daripada menggerakkan bahagian logam atau menghantar kopi.

Video daripada penyelidik di Universiti Tokyo menunjukkan robot itu mengambil dan mengupas kulit pisang, dalam masa kira-kira tiga minit.

Penyelidik, Heecheol Kim, Yoshiyuki Ohmura dan Yasuo Kuniyoshi melatih robot menggunakan proses ‘pembelajaran tiruan secara mendalam’.

Ia dilakukan dengan menunjukkan tindakan mengupas pisang ratusan kali untuk menghasilkan data yang mencukupi supaya robot mempelajari tindakan itu dan menirunya.

Dalam kes ini, ia mencapai kadar kejayaannya selepas lebih daripada 13 jam latihan.

Walaupun masih menjalani lebih banyak ujian, Kuniyoshi percaya latihan dijalankan mampu melatih robot melakukan tugas manusia.

Beliau berharap robot yang lebih terlatih dapat mengurangkan masalah kekurangan buruh di Jepun.

Sumber : REUTERS

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,713
Total active cases
Updated on September 29, 2022 8:22 pm

Latest Articles

Skip to toolbar