24.2 C
Malaysia
Friday, June 9, 2023

Robot edarkan air zamzam di Makkah elak covid-19

Riyadh: Lapan juta liter air zamzam diagihkan kepada pengunjung di Masjidilharam, Makkah sepanjang 10 hari pertama bulan Ramadan tahun ini.

Ia diagihkan dalam tiga juta botol sekali guna, melalui 25,000 kontena di sekeliling masjid, lapor Arab News.

Ia termasuk 250 beg yang dibawa pekerja, 58 kereta pintar berkapasiti 80 liter setiap satu dan 33 kereta khas yang setiap satu memuatkan 100 botol di dalam kawasan mataf.

Dalam pada itu, pihak berkuasa di Arab Saudi juga memperkenalkan robot khusus untuk mengagihkan air zamzam kepada pengunjung Masjidilharam dan Masjid Nabawi, Madinah, lapor Saudi Press Agency.

Presiden Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci berkata, langkah itu dibuat seiring dengan perkembangan terkini dalam kecemerlangan perkhidmatan global.

Selain itu, ia adalah rancangan pembangunan dan program yang memenuhi aspirasi kerajaan terhadap perkhidmatan yang disediakan di Masjidilharam.

Robot itu, yang boleh mengedarkan 30 botol dalam satu pusingan itu, memperoleh paten Penempatan dan Pemetaan Serentak (SLAM) dengan ciri amaran awal dan penghantaran suara.

Robot itu boleh ‘bekerja’ antara lima hingga lapan jam tanpa bantuan manusia dan dengan ciri pengecasan bateri yang cepat dan menjimatkan tenaga.

Usaha itu sekali gus menandakan perkembangan besar dalam sejarah air zamzam.

Robot itu mengandungi kamera atas dan bawah serta pengesan yang membantunya mengelakkan sebarang halangan di sekelilingnya.

Dalam pada itu, lebih 100 pekerja dikerahkan bertugas di pintu masuk Masjidilharam, di mana 100 daripadanya mengalu-alukan pengunjung, mengarahkan, menguruskan aliran orang ramai dan membantu anggota keselamatan.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
17,316
Total active cases
Updated on June 9, 2023 4:07 am

Latest Articles

Skip to toolbar