22.1 C
Malaysia
Monday, May 29, 2023

RM5,000 ini betul-betul bermakna buat Hana Dhia

Kuala Lumpur: “Alhamdulillah, terima kasih kepada Harian Metro kerana membantu meringankan beban kami sekeluarga.

“Sumbangan sebanyak RM5,000 ini betul-betul bermakna buat Hana Dhia Norafendi untuk membeli barangan keperluannya,”.

Demikian ucapan terima kasih Suzana Sulaiman, 41, ibu kepada Hana Dhia, 5, selepas menerima sumbangan menerusi Tabung Metro Prihatin.

Hana Dhia disahkan menghidap biliary atresia atau penyakit hati kronik sejak berusia 99 hari.

Suzana berkata, sumbangan diterima melalui Tabung Metro Prihatin itu akan digunakan sepenuhnya buat Hana Dhia untuk membeli lampin pakai buang, ubat-ubatan dan menukar susu yang lebih mahal seperti disarankan doktor.

“Ketika ini kemampuan kewangan mereka sekeluarga tidak dapat menampung perbelanjaan rawatan Hana terutama susu dan lampin pakai buang.

“Doktor menyarankan supaya saya menukar susu formula lebih mahal untuk meningkatkan berat badan Hana.

“Dengan bantuan ini, Alhamdulillah saya dapat memberikan keperluan dan penjagaan yang lebih baik kepada Hana,” kata ibu kepada empat anak itu.

Anak ketiga daripada empat beradik itu dikesan mengalami penyakit berkenaan selepas bacaan penyakit kuning atau jaundis agak tinggi dan najis bertukar pucat.

Hana sebelum ini sudah menjalani pembedahan Kasai namun gagal selepas enam bulan kemudian.

Pembedahan Kasai ialah pembedahan bagi membuang duktus hempedu yang rosak dan penyambungan bahagian usus terus ke hati supaya hempedu dapat mengalir dari hati terus ke usus.

Ia juga perlu dilakukan untuk mengelakkan hati menjadi lebih teruk.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, Suzana yang juga seorang suri rumah merayu supaya diberikan bantuan kewangan untuk menampung perbelanjaan rawatan Hana terutama susu dan lampin pakai buang.

Ketika ini mereka sekeluarga hanya mengharapkan gaji suami berjumlah RM2,000 sebagai pemandu.

Tabung Metro Prihatin diwujudkan bagi membantu orang ramai menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan selepas kisah mereka disiarkan akhbar ini.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
19,122
Total active cases
Updated on May 28, 2023 6:40 pm

Latest Articles

Skip to toolbar