25.5 C
Malaysia
Saturday, September 24, 2022

Rina Harun sedia menghadap Tunku Ismail perjelas kes perbicaraan Bella

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia bekerjasama dengan peguam Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi membantu kes prosiding penderaan membabitkan remaja kurang upaya (OKU) dikenali sebagai Bella.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun, berkata niat murni Tunku Ismail yang menawarkan peguam percuma untuk menjalankan arahan memerhati bagi pihak kementerian berhubung kes penderaan Bella,13, amat membantu bagi menegakkan keadilan kepada remaja terbabit.

“Kementerian menyambut baik pelawaan ini dan akan bekerjasama rapat dengan pihak peguam yang dititahkan Tuanku (Tunku Ismail).

“Sesungguhnya patik amat terharu dengan keprihatinan dizahirkan Tuanku dan Che Puan Besar (Khaleeda Bustamam) yang sama-sama mengikuti perkembangan kes perbicaraan ini,” katanya dalam kenyataan dimuat naik di Instagram, hari ini.

Berikutan itu, Rina berkata, beliau dan pihak kementerian bersedia menghadap Tunku Ismail dan isterinya, Khaleeda bagi mempersembahkan status kes perbicaraan Bella serta tindakan susulan pihaknya dalam membantu perbicaraan kes terbabit.

“Buat seluruh Keluarga Malaysia dalam bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita terus memanjatkan doa semoga urusan perbicaraan kes penderaan adik Bella dipermudahkan dan kebenaran serta keadilan dapat dibuktikan di akhir perbicaraan kelak,” katanya.

Terdahulu, Tunku Ismail menerusi Instastory di Instagram rasmi baginda memaklumkan sudah menghubungi peguamnya dan akan berhubung dengan Rina bagi menawarkan perkhidmatan peguam secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati bagi pihak kementerian berhubung kes penderaan remaja berkenaan.

Titah dikeluarkan Tunku Ismail itu beberapa jam selepas Khaleeda berkongsi pendiriannya di laman sama semalam, bagi membantu menuntut keadilan buat remaja perempuan Down Sindrom berkenaan.

Kisah Bella didakwa didera dan diabaikan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31, mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia dan prosiding mahkamah berkaitan kes berkenaan masih berjalan.

Siti Bainun didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengabaikan dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,717
Total active cases
Updated on September 24, 2022 2:00 am

Latest Articles

Skip to toolbar