24.3 C
Malaysia
Friday, September 23, 2022

Rider ‘mat saleh’ persoal kenapa jalan raya Malaysia banyak lubang

Sumber Tiktok @landobrotherhood

Tular sejak semalam sebuah video memaparkan seorang penunggang motosikal warga asing mempersoalkan tanggungjawab pihak berkuasa dalam membaik pulih jalan raya di negara ini.

Menerusi rakaman berdurasi 52 saat yang dikongsikan pengguna tiktok @landobrotherhood, dapat dilihat individu asing tersebut seperti kurang senang dengan keadaan jalan raya di negara ini kerana terdapat banyak lubang yang boleh membahayakan pengguna.

“Kami menunggang motosikal bersama penunggang dari Ireland, Amerika, Ecuador dan Venezuela dan mereka ingin tahu apa yang berlaku.

“Kami melalui jalan yang begitu baik di Peru dan membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana Peru, sebuah negara yang miskin, mampu mempunyai jalan yang baik sedangkan tidak ramai orang datang ke sini,” katanya.

Dia juga turut membandingkan keadaan jalan raya di sebuah negara terpencil yang dikatakan lebih baik berbanding di Malaysia.

“Sementara itu, pihak berkuasa Malaysia tidak boleh menjaga rakyat sendiri dengan membaiki jalan berlubang. Ini perkara serius, baiki lubang jalan raya segera dan selamatkan rakyat anda,” jelasnya.

Sehubungan itu, video tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya setuju dengan pandangan individu asing berkenaan.

“Memang jalan di Malaysia banyak teruk, punca kemalangan, punca kenderaan pengguna rosak, bila nak selesai isu ini pun tak tahu, menteri dah selalu bertukar, penyelesaian tak ada juga,” komen seorang pengguna.

“Buat malu la orang luar komen keadaan negara kita, jatuhkan anggapan pelancong asing sahaja, malu-malu, harap lepas ini ada tindakan segera baiki jalan mana yang berlubang-lubang itu,” pesan pengguna lain.

Sumber : KOSMO! ONLINE / Landobrotherhood

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang subscirbe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,659
Total active cases
Updated on September 23, 2022 1:56 am

Latest Articles

Skip to toolbar