22.1 C
Malaysia
Monday, May 29, 2023

Remaja perempuan kelar pemandu e-hailing

Kuala Lumpur: Pemandu e-hailing cedera di leher selepas dikelar dengan pisau lipat oleh seorang remaja perempuan yang enggan membayar tambang berjumlah RM400 dalam kejadian di Jalan Kovil Hilir, Sentul, di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima laporan kejadian daripada lelaki berusia 63 tahun terbabit pada 2.55 pagi Rabu lalu.

Menurutnya, berdasarkan siasatan mangsa mengambil penumpang iaitu remaja perempuan berusia 16 tahun di Sagil, Tangkak, Johor yang menggunakan satu aplikasi e-hailing.

“Sebaik tiba di destinasi di Jalan Kovil Hilir, mangsa meminta remaja itu membayar tambang yang dipersetujui berjumlah RM400.

“Namun remaja itu enggan membayar kerana tidak mempunyai wang dan mangsa membuat keputusan untuk menghantarnya ke balai polis.

“Takut akan tindakan mangsa itu, suspek bertindak mengelar leher mangsa menggunakan pisau lipat lalu melarikan diri. Suspek meninggalkan pisau di dalam kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beh berkata, mangsa yang cedera kemudian memandu ke Balai Polis Sentul meminta bantuan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Bertindak atas laporan, katanya, polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek di sebuah premis perniagaan di Jinjang, di sini, pada jam 4.55 petang hari ini.

Beliau berkata, polis merampas telefon bimbit suspek dan semakan mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebat dan kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
19,122
Total active cases
Updated on May 28, 2023 6:40 pm

Latest Articles

Skip to toolbar