22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Remaja dipenjara kerana hina Rashford

Seorang remaja dihukum penjara enam minggu kerana menghina secara perkauman penyerang England, Marcus Rashford di Twitter selepas final Euro 2020.

Justin Lee Price, 19, dijatuhi hukuman hari ini di Mahkamah Majistret Kidderminster dekat tengah England.

Dia memuat naik mesej perkauman di Twitter pada 11 Julai tahun lalu selepas penyerang Manchester United itu gagal menyempurnakan penalti ketika kalah penentuan berdepan Itali pada final Euro 2020 di Wembley.

Price sebelum itu cuba mengelak dikesan dengan menukar nama akaun Twitter selepas perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa kata pendakwa raya.

Dia kemudian menafikan ada melakukan kesalahan ketika disiasat polis selepas ditahan namun kemudian mengakui memuat naik kenyataan itu.

Pendakwa Raya Mark Johnson berkata: “Price meyasarkan pemain bola sepak berdasarkan warna kulit dan tindakannya jelas berunsur perkauman dan jenayah kebencian.” – AFP

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 7:17 pm

Latest Articles

Skip to toolbar