Drama Dendam Seorang Isteri sudah pun berada di minggu akhir. Sebuah drama adaptasi dari karya luar, ia membariskan pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja, Aidit Noh dan ramai lagi.
Sebuah karya yang mencecah lebih dari 80 episod, jalan ceritanya disusun sangat rapi hinggakan setiap babak ada sebab dibuat. Di minggu akhir ini menyaksikan Naufal yang dibintangi Aidit Noh cuba memujuk Amira (Fasha Sandha) untuk menerimanya kembali.

Di sebalik tabir lakonan babak tersebut telah dikongsikan oleh Aidit Noh sendiri menerusi akaun TikTok miliknya. Bila memujuk sudah tentunya ayat-ayat manis keluar dari mulut lelaki. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah reaksi muka krew masa shooting drama tersebut yang telah mencuri perhatian ramai.
Korang saksikan sendiri di sebalik tabir lakonan babak tersebut ini:
Reaksi muka krew masa shooting drama ini memang membuatkan ramai terhibur. Perkongsian rakaman tersebut meraih lebih 160 ribu tontonan dan 6,800 likes.
Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:
“Eh dia tengah belajar tu. Oo nanti try lah..Untung tak yah dok pikior”

“Hahaha kelako sungguh lah”

“Hormatilah orang single bang”

“Abang tu muka cam tak puas hati je”

“Hahah member geram je..Dah lah single, orang depan pegang2 tangan pulak”

Sumber : Himpunan Cerita Lawak
Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube