20.5 C
Malaysia
Sunday, September 25, 2022

Ramli Sarip di showcase berbuka puasa [VIDEO]

Kuala Lumpur: Penyanyi Datuk Ramli Sarip, 69, lepas ‘gian’ dan memberikan persembahan bertenaga pada showcase Berbuka Puasa Rasa (Cinta Di Sebalik Musim), di Hotel Royale Chulan, di sini, semalam.

Tampil dengan set kugiran penuh, Ramli menghiburkan lebih 500 tetamu hadir selain sempat berkongsi butiran beberapa lagu yang dimuatkan dalam album penuh baharunya berjudul Rasa.

“Ini adalah hari pelepasan bagi kami sebagai mengharungi perjalanan seni selama dua tahun lebih tidak dapat memberikan persembahan sebegini.

“Saya juga ingin memperkenalkan album penuh saya. Lagu pertama saya Sentosa Di Kubah Hayat adalah berkisar isu Palestin yang sejak dulu bermasalah,” katanya.

Pada showcase itu, Ramli mendendangkan lebih 10 lagu termasuk Teratai dan Kamelia.

Berdurasi selama hampir dua jam, majlis disusuli dengan acara beramah mesra dengan peminat sejurus tamat persembahan.

Dianjurkan Mukmin Pay Sdn Bhd dengan sokongan Konsortium IRAMA, acara dimulakan dengan beberapa penyampaian sumbangan.

Ia termasuk sumbangan kepada beberapa penggiat seni yang berdepan ujian seperti sakit dan ditimpa musibah antaranya Bad Indigo, Mak Jah, Khalis Real Spin, Mel Wings, dan Norlia Ghani.

Tidak ketinggalan, penyampaian duit raya kepada dua pusat anak yatim.

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,278
Total active cases
Updated on September 24, 2022 10:36 pm

Latest Articles

Skip to toolbar