21.1 C
Malaysia
Sunday, October 1, 2023

Rambut wanita ditarik ungka ketika cuba berselfie

JAKARTA – Sebuah klip video yang tular di media sosial Indonesia memaparkan senario rambut seorang wanita ditarik oleh seekor ungka ketika dia cuba berswafoto, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @fakta.indo. 

Rakaman itu memaparkan seorang wanita berbaju merah dan putih berjalan bersendirian di sebuah zoo.

Dia kemudian berjalan ke arah kurungan seekor ungka berwarna hitam. 

Wanita itu berdiri di hadapan kurungan itu lalu mengangkat telefonnya untuk berswafoto.

Namun, ungka bergerak menghampiri wanita itu lalu menarik rambutnya.

“Cerita lama berulang kembali,” demikian kapsyen pada video berkenaan.

Perakam video berkenaan yang pada awalnya ketawa kemudian panik melihat wanita itu berada dalam kesakitan.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Orang yang merakam video lebih panik,” tulis seorang netizen.

“Dan ia berlaku sekali lagi, kisah lama berulang kembali,” komen netizen lain.

Sebelum ini, seorang lelaki ditarik oleh seekor orang utan semasa menghampiri kurungan haiwan tersebut.

Sumber : Agensi

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar