22.4 C
Malaysia
Monday, June 5, 2023

Raja Ilya memilih kaedah bersalin dalam air

Pelakon Raja Ilya yang hamil bayi perempuan dan dijangka bersalin pada Julai depan memilih kaedah melahirkan bayi dalam air di Perth, Australia.

Raja Ilya, 37, atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkata, dia sudah memohon sejak awal kehamilan lagi selain perlu menjalani proses temuduga.

“Di sini ada pilihan kalau nak bersalin secara normal, dalam air, di rumah dan lain-lain. Jadi, saya dan suami merancang kaedah melahirkan bayi dalam air menggunakan khidmat bidan saja tanpa doktor atau pergi hospital. Insya-Allah kalau tak ada sebarang komplikasi sewaktu nak melahirkan boleh teruskan kaedah ini.

“Melalui kaedah ini dia dibuat di pusat bersalin yang diuruskan oleh Midwife King Edward Hospital. Jadi, prosesnya hanya perlu membuat permohonan lapan bulan sebelum bersalin. Lagipun, tidak semua boleh melahirkan di situ. Mereka akan temuduga dahulu terutama dari segi kesihatan dan jarak dari rumah.

“Tapi, sejak penularan Covid-19 ini, saya hanya mengikuti kelas secara dalam talian saja. Minggu depan baru saya masuk kelas bersemuka dan cara penyusuan susu ibu pula. Apa ilmu yang ada berkenaan keibu bapaan saya pergi saja,” katanya.

Berkenaan proses berpantang pula, Raja Ilya berkata, dia meminta bantuan seorang rakyat Malaysia yang juga menetap di sana.

“Proses berpantang nanti, Alhamdulillah saya sempat kenal ramai orang Malaysia di sini. Jadi ada seorang kakak ini akan bantu saya buat semua yang patut nanti.

“Disebabkan ‘due’ saya bersalin pada Julai, kebetulan di sini pula musim sejuk dan kebanyakannya basah dan ribut, jadi saya harap badan tak meragam. 

“Setakat ini produk berpantang pun saya sudah dapat dari Malaysia seperti set bertungku, set berpantang, bengkung dan banyak lagi. Semua sudah tersedia,” katanya.

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 4, 2023 11:06 pm

Latest Articles

Skip to toolbar