24.3 C
Malaysia
Thursday, December 7, 2023

Rafizi akan derma RM70,000 selepas menang dalam kes NFCorp kepada kebajikan

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli akan menyumbang RM70,000 yang dianugerahkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes fitnah National Feedlot Corporation (NFCorp) kepadanya dalam bentuk biasiswa dan bantuan kecil.

“Siri kes NFC bermula pada 2011 dan berlarutan hingga 2022. Ada tiga kes terhadap saya. Saya menang semuanya.

“Wang saman akan dipulangkan kepada orang ramai dalam bentuk biasiswa dan bantuan kecil,” katanya di Twitter.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan membatalkan rayuan NFCorp dan pengerusinya, Mohamad Salleh Ismail, terhadap penolakan saman fitnah mereka ke atas Rafizi berhubung dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan.

Hakim Besar Malaya, Azahar Mohamed yang mengetuai panel tiga hakim berkata, Rafizi berjaya membangkitkan pembelaan komen berpatutan untuk mengalahkan saman itu.

Katanya, Rafizi juga menyatakan pendapat jujur tentang NFC dan Salleh berdasarkan dokumen bank yang tidak dipertikaikan dan oleh itu beliau dianugerahkan kos RM70,000.

Salleh memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi pada 2013 yang mendakwa Salleh dan NFCorp menggunakan pinjaman kerajaan RM71 juta sebagai cagaran untuk membeli hartanah di KL Eco City.

Pada 2016, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rafizi membayar ganti rugi RM150,000.

Mahkamah Rayuan bagaimanapun membenarkan rayuan Rafizi dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi. Ia mengarahkan RM150,000 yang dibayar kepada Salleh dikembalikan dan menganugerahkan kos RM110,000 kepada Rafizi.

Sumber : Free Malaysia Today

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 7, 2023 4:34 am

Latest Articles

Skip to toolbar