21.8 C
Malaysia
Saturday, December 9, 2023

Raffa Affar menyanyi ‘cover’ lagu Lestari, dikecam penyanyi asal

‘Hancur lagu aku’.

Demikian komen ringkas yang ditinggalkan vokalis kumpulan Lestari menerusi rakaman video ‘cover version’ yang dimuat naik Raffa Affar di media sosial.

Raffa sebelum ini dilihat cuba menyanyikan semula lagu Airmata Di Hari Persandinganmu nyanyian asal kumpulan yang terkenal di era 1980-an itu.

Namun, nyanyiannya kali ini semakin mendapat kecaman ramai sehingga tidak disukai oleh penyanyi asal itu sendiri yang menggunakan akaun Wan Lejen di Facebook.

Tinjauan di YouTube milik penyanyi seberang ini mendapati dia sering membuat ‘cover’ bagi lagu-lagu hits Malaysia walaupun ada sebahagiannya tidak menjadi dan dikatakan sumbang.

“Buat rosak lagu legend Malaysia sahaja dia ini, tahu la nak sampaikan ikut cara tersendiri, cuma pelik dan buruk,” kata seorang pengguna.

“Sumbang dan pergi belajar dulu sampai pandai,” ujar pengguna lain.

Sumber : KOSMO! ONLINE.

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 8, 2023 8:02 pm

Latest Articles

Skip to toolbar