26 C
Malaysia
Friday, September 30, 2022

Radhi OAG mengaku tidak bersalah pukul bekas isteri

PETALING JAYA: Artis dan penyanyi kumpulan terkenal, Radhi OAG mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan bekas isteri.

Memetik Bernama, Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Muhammad Iskandar Zainol hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, vokalis kumpulan rock alternatif itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Nur Shahira Ayu Zahiri, 28, di parkir Emporis Menara D Kota Damansara, di sini, pada pukul 2.29 petang, Selasa lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Majistret Muhammad Iskandar Zainol membenarkan penyanyi itu dibebaskan dengan jaminan RM2,500 beserta syarat tambahan saksi-saksi tidak diganggu sepanjang perbicaraan.

Mahkamah menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan artis berkenaan di kediamannya pada Selasa lalu selepas mangsa membuat laporan pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mahu mengambil anak lelaki mereka daripada suspek di kawasan parkir kediaman bekas suaminya pada 2.29 petang.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aisyah masing-masing berusia enam dan tujuh tahun.

Selepas bercerai, Ayu dan anaknya menetap bersama ibu bapanya di Kota Damansara.

Sumber : Bernama

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,174
Total active cases
Updated on September 30, 2022 12:47 pm

Latest Articles

Skip to toolbar