24.3 C
Malaysia
Thursday, December 7, 2023

Puteri Sarah menunaikan umrah bersama anaknya

Sepang: Kelibat pelakon dan pengarah Syamsul Yusof tidak kelihatan dalam beberapa hantaran gambar yang dimuat naik isterinya, Puteri Sarah Liyana yang berangkat mengerjakan ibadah umrah bersama dua anaknya, hari ini.

Menerusi perkongsian itu, hanya ibu dan bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail selain ahli keluarga Sarah dilihat hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Melihat di ruangan Instagram Story miliknya, Sarah juga dilihat hanya mengambil foto bersama ibu mentuanya ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang.

Sarah yang mengenakan jubah serba putih berharap pemergiannya ke Tanah Suci mendapat umrah yang mabrur.

“Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu agung kepada Allah SWT. Sekiranya mereka berdoa kepada Allah, nescaya Allah perkenankan doa mereka. Sekiranya mereka memohon keampunan-Nya nescaya Allah ampunkan mereka.

“Doakan Sarah mendapat umrah yang mabrur,” katanya.

Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 7, 2023 5:45 am

Latest Articles

Skip to toolbar