25.7 C
Malaysia
Friday, September 30, 2022

Putera Hamzah lepaskan gelaran putera raja

Amman: Putera Jordan, Putera Hamzah bin Al Hussein sudah melepaskan gelaran putera raja, menurut satu kenyataan yang disiarkan di akaun Twitter rasminya.

Portal The National dalam laporannya memetik kenyataan Putera Hamzah yang menyatakan sebab keputusan itu.

“Selepas apa yang saya sentuh dan saksikan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saya membuat kesimpulan bahawa keyakinan peribadi saya dan nilai-nilai yang diterapkan oleh ayah saya dalam diri saya, dan yang saya cuba bersungguh-sungguh dalam hidup saya untuk mematuhi, tidak selaras dengan pendekatan, trend dan kaedah moden institusi kita,

“Jadi dari perspektif kesetiaan kepada Tuhan dan hati nurani yang baik, saya tidak nampak pilihan lain kecuali menyerah dan melepaskan gelaran putera raja,” tulis Putera Hamzah dalam kenyataannya.

Bulan ini, Mahkamah Diraja Jordan menerbitkan surat permohonan maaf yang dikatakan berasal dari Putera Hamzah, abang tiri Raja Abdullah II, yang bertelagah dengan raja tahun lalu.

Media kerajaan pada April berkata, bahawa Putera Hamzah cuba menggugat kestabilan kerajaan dan terbabit dalam plot yang mengancam takhta.

Kerajaan Jordan melancarkan siasatan keselamatan tahun lalu selepas mendedahkan bahawa seorang bekas menteri, ahli keluarga diraja dan beberapa individu lain cuba menyasarkan ‘keselamatan dan kestabilan’ negara itu, lapor Agensi Berita Jordan, Petra, pada masa itu.

Dua orang yang dikaitkan dengan Putera Hamzah disabitkan dengan hasutan dan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun pada Julai. Mahkamah keselamatan mengendalikan kes itu.

Lelaki yang dipenjarakan ialah Bassem Awadallah, bekas ketua Mahkamah Diraja, dan Sharif Hassan, ahli keluarga diraja.

Putera raja itu sudah 10 bulan tidak kelihatan di khalayak ramai.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,174
Total active cases
Updated on September 30, 2022 1:29 am

Latest Articles

Skip to toolbar