22.8 C
Malaysia
Thursday, October 6, 2022

Puasa terbatal jika berbuka lebih awal

KOTA KINABALU – Puasa individu yang berbuka puasa lebih awal kerana mengikut azan di radio adalah dikira batal dan wajib puasa itu diganti semula selepas Ramadan.

Itu penjelasan daripada Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berhubung seorang penyampai radio di sebuah stesen radio tempatan yang menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal pada hari pertama Ramadan dan menyebabkan ada umat Islam yang berbuka puasa lebih awal dari waktu sepatutnya pada Ahad.

Jelasnya lagi, waktu berbuka puasa adalah bersandarkan kepada terbenamnya matahari berdasarkan nas syarak dan bukannya bersandarkan kepada laungan azan di radio atau seumpamanya serta keadaan langit pada ketika itu.

“Usaha pihak radio menyiarkan azan sebagai tanda masuk waktu dan berbuka merupakan usaha murni yang sangat baik.

“Namun begitu, pihak radio perlu lebih teliti dan cermat dalam perkara ini bagi mengelakkan daripada berulang perbuatan mengumandangkan azan awal dari waktunya pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, Bungsi menasihatkan umat Islam supaya sentiasa cermat dan berhati-hati berkaitan waktu berbuka puasa.

“Turut disarankan kepada umat Islam agar merujuk kepada takwim berbuka puasa yang telah dikeluarkan oleh pihak yang berautoriti demi memastikan perkara seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang,” katanya.

Sebelum itu, seorang penyampai radio Mohd Safwan Junit di Tawau tampil memohon maaf menerusi laman Facebooknya selepas dilaporkan menyiarkan azan Maghrib pada jam 6.16 petang sedangkan waktu sebenar ialah 6.20 petang.

Dalam permohonan maaf turut berkata, perkara itu berlaku secara tidak sengaja dan disebabkan kesilapan teknikal.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
23,038
Total active cases
Updated on October 6, 2022 1:48 am

Latest Articles

Skip to toolbar