27 C
Malaysia
Friday, June 2, 2023

PU Riz Alun Zikir & Selawat Buat Anaknya, Bilal

Kuala Lumpur: Pendakwah bebas dan selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz melancarkan Zikir, Selawat dan Pesanan Untuk Bilal yang didedikasikan buat anak sulungnya, Muhammad Bilal.

Riz, 27, berkata, lirik dihasilkan bersama komposer dan penyanyi, Fahimi Rahmat yang dikhususkan buat anak hasil perkahwinan dengan selebriti, Neelofa.

“Projek ini adalah kerjasama dengan syarikat rakaman Faithful. Lagu berkonsepkan zikir dan selawat ini ditujukan untuk anak saya, Muhammad Bilal. Malah, ada lirik khusus untuk dia.

“Lagu ini dirakam dan dihasilkan sebelum Ramadan dan mengambil masa 10 hari termasuk penggambaran video muzik. Kos penerbitan daripada saya.

“Dari segi alunan zikir dan selawat mungkin bunyi tak sempurna. Tapi tak apa, sebab bukan nak suruh orang puji pun. Apa yang penting nak suruh orang turut sama mengalun zikir dan selawat ini selain menghayati mesej disampaikan,” katanya kepada Harian Metro.

Video muzik yang dilancarkan di saluran YouTube Faithful sejak tengah malam tadi sudah mencecah lebih 2,900 tontonan.

Dalam perkembangan lain, Riz bersama Neelofa baharu saja melancarkan pelitup muka edisi Al Khas.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 2, 2023 8:16 am

Latest Articles

Skip to toolbar