22.1 C
Malaysia
Monday, May 29, 2023

Projek ladang Musang King bukan punca kejadian banjir di Baling

Baling: Projek pembangunan ladang Musang King sebanyak lapan peratus di Gunung Inas tidak menyumbang secara signifikan kepada kejadian banjir dan kepala air, petang kelmarin.

Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) dalam kenyataannya berkata, kejadian berkenaan berkemungkinan besar disebabkan hujan lebat dalam tempoh lama.

Katanya, kemampuan sungai menampung kapasiti aliran air yang besar turut menjadi penyumbang berlakunya kejadian itu.

“MBI Kedah berpandangan pembangunan ladang yang membabitkan lapan peratus daripada keseluruhan kawasan terimaan hujan itu tidak menjadi punca kepada kejadian banjir berkenaan.

“Selain itu, tiada aktiviti pembukaan tanah dan penyediaan tapak yang baharu bagi tujuan pembangunan ladang dalam kawasan itu bermula Disember 2020 sehingga kini,” katanya.

MBI Kedah berkata, pihaknya bersama syarikat usaha sama sudah mendapat kelulusan kawasan bagi pembangunan ladang hutan di kompartment lapan Hutan Simpan Gunung Inas seluas 1,074 hektar.

“Kawasan yang dibangunkan dengan penyediaan tapak adalah seluas 600 hektar dan secara keseluruhannya, keluasan kawasan yang sudah ditanam adalah seluas 52 hektar.

“Sementara, keluasan kawasan kompartment tujuh dan lapan yang membabitkan aliran air (kawasan terimaan hujan) ke Sungai Kupang adalah dalam anggaran keluasan 7,560 hektar.

“Pembangunan projek ladang MBI Kedah dan syarikat usahasama pula adalah seluas 600 hektar yang meliputi lapan peratus daripada keseluruhan kawasan terimaan hujan berkenaan. Jadi, pembangunan itu tidak menjadi penyumbang kepada kejadian berkenaan,” katanya.

Bagaimana pun, katanya kerja-kerja penyediaan tapak itu sudah dihentikan pada pertengahan tahun 2019 susulan pandemik Covid-19 dan pada Disember 2020 Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) telah mengeluarkan arahan rasmi penangguhan sementara kerja-kerja pembangunan ladang dan sehingga kini.

Sumber : Harian Metro

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
19,122
Total active cases
Updated on May 28, 2023 7:40 pm

Latest Articles

Skip to toolbar