21.1 C
Malaysia
Sunday, October 1, 2023

Posmen didakwa curi bungkusan, jual barang kemas

MELAKA – Seorang posmen didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan mencuri dan menjual bungkusan mengandungi barang kemas, Mac lalu.

Tertuduh, Mohamad Azizal Rebu, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang bertugas di bahagian kaunter serahan barangan sebuah syarikat kurier didakwa telah mencuri seutas rantai leher emas yang mempunyai loket bertulis ‘Atieda’ dan satu loket emas kecil.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 8 hingga 10.30 pagi di pusat serahan Ayer Keroh, Taman Tasek Utama Melaka, 3 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang telah berkhidmat sebagai posmen selama 15 tahun didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut dua lagi pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat curang menghapuskan harta curi berkenaan dengan cara menjualnya di sebuah premis pajak gadai di Jalan Munshi Abdullah.

Tindakan itu dibuat dilakukan menerusi dua transaksi berasingan pada tarikh 12 dan 21 Mac 2022 lalu dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, mangsa menyedari kejadian tersebut selepas barang kemas bernilai RM6,800 yang dibeli telah diisytiharkan hilang ketika proses transit penghantaran kiriman barangan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan tarikh 7 Julai depan sebagai sebutan semula kes.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar