26.2 C
Malaysia
Thursday, October 6, 2022

Polis siasat video tular kemalangan libatkan anggota polis dan orang awam

@mariaasren

Aku mohon sangat share,kalau jadi kat org lain pun org lain akan panas #fy #fyp #masukberanda #fypシ゚viral

♬ original sound – Kekyaa – Kekyaa

PETALING JAYA- Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan dua pemilik akaun TikTok yang mendakwa terlibat kemalangan dengan kenderaan polis yang sedang mengiringi orang kenamaan di hadapan pusat beli-belah Pavilion di ibu negara kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan (JSPT) Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, pihaknya mengesahkan kejadian tersebut yang dilaporkan berlaku pada pukul 11 malam, 14 Mei lalu.

“Kedua-dua pemandu kenderaan yang terlibat telah tampil membuat laporan polis dan satu siasatan sedang dijalankan.

“JSPT Kuala Lumpur juga meminta kerjasama saksi yang melihat kejadian tersebut untuk hadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur bagi tujuan membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, pengguna TikTok tersebut mendakwa telah dilanggar anggota polis yang memandu Proton X70 di hadapan Pavilion ketika mengiringi orang kenamaan.

Katanya, polis tersebut meminta orang ramai untuk memberi laluan di jalan yang sesak namun dikatakan tidak sabar hingga melanggar kenderaan orang awam.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
23,038
Total active cases
Updated on October 6, 2022 3:52 am

Latest Articles

Skip to toolbar