22.1 C
Malaysia
Monday, May 29, 2023

Polis siasat video tular dakwa anggota trafik iringi kenderaan milik anak ahli Parlimen

PETALING JAYA: Polis Pulau Pinang melakukan siasatan terperinci susulan satu video tular yang menunjukkan seorang lelaki memandu kenderaan sambil diiringi dua anggota polis trafik menggunakan motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jalan Bukit Gambir.

Menurut Ketua Polis negeri Mohd Shuhaily Mohd Zain, satu kertas siasatan tatatertib juga telah dibuka terhadap dua anggota polis terbabit selepas rakaman berdurasi 20 saat itu tular di media sosial sejak semalam.

“Pada Sabtu (semalam) kira-kira jam 8.36 malam terkesan satu rakaman video yang tular berdurasi 20 saat, dimuat naik oleh pemilik akaun anwarazeez.

“Rakaman tersebut memaparkan seorang lelaki (orang awam) memandu sebuah kenderaan dan diiringi dua anggota polis trafik menggunakan motosikal milik PDRM.

“Kita mengesahkan kejadian yang berlaku di Jalan Bukit Gambir itu dan pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan salah laku berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Facebook, dua anggota polis trafik kelihatan sedang mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak ahli Parlimen.

Video itu dikecam warganet kerana tidak berpuas hati dengan individu terbabit yang menggunakan khidmat anggota polis trafik untuk meredah kesesakan jalan raya di Pulau Pinang.

Sumber : Free Malaysia Today

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
19,122
Total active cases
Updated on May 28, 2023 7:40 pm

Latest Articles

Skip to toolbar