32.1 C
Malaysia
Wednesday, September 27, 2023

Polis siasat pelawat, ‘guard’ bergaduh di Hospital Temerloh Pahang

TEMERLOH – Dipercayai gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan pengawal keselamatan yang melengahkan waktu pertukaran penjaga di wad menyebabkan tercetusnya pergaduhan antara orang awam dan pengawal hospital di pekarangan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh di sini hari ini.

Dalam video berdurasi 10 saat yang tular hari ini memaparkan kekecohan di hadapan bangunan utama Hoshas susulan pergaduhan antara beberapa lelaki dengan pengawal keselamatan.

Link Video : Facebook

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusoff berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu bermula selepas seorang pengawal keselamatan hospital berkenaan bertengkar dengan beberapa pelawat hospital yang menjaga pesakit.

“Kejadian berpunca daripada pelawat hospital yang tidak berpuas hati dengan pengawal keselamatan hospital yang melengahkan waktu pertukaran penjaga di Wad Kenanga 14.

“Susulan itu pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan ekoran daripada kejadian tersebut,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pada masa ini pihak polis sedang giat mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian pergaduhan berkenaan dan meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

“Orang ramai juga digesa untuk menyalurkan maklumat jika berlaku sebarang pergaduhan kepada pihak polis dengan menghubungi bilik gerakan daerah atau mana-mana balai polis yang berdekatan,”ujarnya.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar