KualaKangsarĀ – Semalam tular satu rakaman video berkaitan sebuah Triton bernombor plat VHE 5415 telah menggunakan siren dan lampu kecemasan bagi mendapatkan laluan di Km 239 Lebuhraya Plus dari Kuala Kangsar arah selatan.
Hasil pemeriksaan oleh PDRM Perak mendapati kenderaan itu adalah milik pihak Polis daripada bahagian D4 JSJ Kontinjen Perak.
Ketika itu, mereka berjaya menangkap 2 lelaki di daerah Taiping kerana terlibat dalam sindiket mencuri kereta mewah. Pasukan itu bersama-sama suspek dalam perjalanan ke IPK Perak ketika itu.
Atas faktor keselamatan serta tugas rasmi, pasukan serbuan telah menggunakan siren dan lampu bagi mendapatkan laluan yang lebih pantas untuk sampai ke IPK Perak.
Ingin ditegaskan di sini bahawa pihak Polis tidak mengesan sebarang salah guna kuasa dalam kejadian ini.
Sumber : Viral Perak
Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like :Ā Facebook
Follow :Ā Twitter
Subscribe :Ā Youtube