22.2 C
Malaysia
Tuesday, September 20, 2022

Polis pukul pesalah trafik ditukar bahagian serta merta

GEORGETOWN: Enam anggota termasuk pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah ditukar serta-merta selepas didakwa mengasari pesalah trafik di Bukit Mertajam, semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pihaknya juga sedang mengesan mangsa yang terbabit dalam insiden itu untuk membantu siasatan.

Satu laporan polis sudah dibuat oleh pihaknya sendiri bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu yang dilaporkan berlaku jam 1.15 pagi.

“Insiden itu dirakam menerusi kamera papan pemuka seorang pengguna jalan raya sebelum ia dimuat naik akaun Facebook ‘My Penang Hometown’.

“Polis sedang mengesan mangsa yang terbabit untuk tampil membuat laporan polis berkaitan insiden itu.

“Kita juga akan mengenal pasti serta mendapatkan keterangan daripada pemilik akaun Facebook berkenaan bagi tujuan siasatan lanjut, ” katanya hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, kertas inkuiri polis sudah dibuka dan pihaknya akan merujuk kepada Pendakwa Raya bagi arahan lanjut selepas siasatan terbabit selesai.

“Setakat ini, semua pegawai dan anggota trafik yang terbabit dipindahkan ke bahagian pentadbiran dan dilucutkan sementara daripada menjalankan tugas hakiki.

“Polis Pulau Pinang akan menjalankan siasatan yang telus dan memberikan keadilan kepada semua pihak yang terbabit,” katanya.

Difahamkan, pesalah trafik berkenaan ditahan dalam Op Mabuk yang dijalankan menerusi Ops Selamat 18 di kawasan Bukit Mertajam.

Sumber : Berita Harian

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,083
Total active cases
Updated on September 20, 2022 11:06 am

Latest Articles

Skip to toolbar