23.7 C
Malaysia
Friday, June 9, 2023

Polis kesan pemandu HR-V tular guna lorong motosikal

PETALING JAYA – Polis sedang giat mengesan seorang pemandu kereta yang tular kerana memandu secara berbahaya di lorong motosikal dalam kejadian di Kilometer 32 Lebuh Raya Persekutuan arah Shah Alam, di sini pada 10 Mei lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, polis hari ini telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian terbabit.

“Kenderaan yang terlibat adalah sebuah kereta jenis Honda HRV dengan nombor pendaftaran JSK 1826.

“Hasil siasatan mendapati semasa kejadian, anggota polis trafik telah mengarahkan pemandu tersebut keluar dari lorong motosikal berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kejadian terbabit tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya lain.

“Siasatan sedang diteruskan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemandu kereta tersebut dan sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Rozilah Hussin di talian 016-2679025 bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
17,316
Total active cases
Updated on June 8, 2023 5:12 pm

Latest Articles

Skip to toolbar