32 C
Malaysia
Friday, September 30, 2022

Polis cari pemandu BMW putih berkelakuan samseng ganggu pengguna jalan raya

Shah Alam: Polis sedang mengesan pemandu BMW putih yang membrek secara mengejut dan berhenti dengan sengaja sehingga mengganggu pengguna jalan raya di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan dari arah Kuala Lumpur ke Klang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, satu rakaman video dimuat naik di Facebook berhubung kejadian itu.

“Kejadian berlaku apabila pemandu BMW dengan nombor pendaftaran JSY 998 bertindak membrek secara mengejut beberapa kali dengan sengaja dan berhenti di lorong kiri sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain.

“Setakat ini belum ada tangkapan dibuat, namun dengan bantuan polis Johor, kita berjaya kesan alamat pemilik kereta itu di Johor Bahru selatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, siasatan mendapati pemilik asal kenderaan sudah membuat laporan penafian memandu kereta terbabit dan memaklumkan menjual kereta itu pada Disember tahun lalu kepada ejen kereta terpakai.

“Polis juga sudah memperoleh bukti kereta itu dijual dan ejen kereta terpakai juga sudah dikesan.

“Setakat maklumat yang ada sehingga kini, pihak ejen didapati menjual kenderaan itu pada syarikat sewaan kereta.

“Esok ejen kereta terpakai ini akan hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk memberi keterangan dan dokumen urusan jual beli,” katanya.

Beliau berkata, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat BSPT IPD Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, tular di media sosial hantaran yang dimuat naik pada 16 Mei memaparkan sebuah kereta bertindak samseng di jalan raya dengan menekan brek secara mengejut untuk menahan sebuah lori di belakangnya.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,174
Total active cases
Updated on September 30, 2022 6:36 am

Latest Articles

Skip to toolbar