21.8 C
Malaysia
Sunday, June 11, 2023

Polis buru penunggang bawa motor sambil lepas tangan

PORT DICKSON: Polis sedang mengesan seorang penunggang dalam video yang tular menunjukkan aksi melepaskan tangan sambil menari atas motosikal.

Kejadian berlaku di Kilometer (KM 16 hingga 17 di Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebelum susur keluar Springhill.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata, polis mengesan kejadian itu menerusi rakaman video berdurasi 39 saat yang dimuat naik di laman sosial Facebook.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson selepas membuat semakan lanjut, mendapati video ini dirakam menggunakan aplikasi Tik Tok dengan pemilik akaun goodymy_official pada 25 November tahun lalu.

“Video itu kemudiannya ditularkan semula pada semalam (Sabtu) di medial sosial Facebook,” katanya dalam satu kenyataan, petang tadi.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menyalurkan maklumat kepada BSPT IPD Port Dickson.

“Polis juga menyeru individu dirakam dalam aksi itu untuk menyerah diri dengan segera,” katanya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
17,316
Total active cases
Updated on June 10, 2023 11:10 pm

Latest Articles

Skip to toolbar