25.6 C
Malaysia
Saturday, December 9, 2023

PM Pakistan Imran Khan disingkir daripada jawatan selepas undi tidak percaya

Islamabad: Imran Khan disingkirkan sebagai Perdana Menteri Pakistan pada Ahad selepas tewas dalam undi tidak percaya di Parlimen, berikutan kemelut politik selama berminggu-minggu.

Perdana Menteri baharu akan dilantik pada Isnin, dengan ketua Liga Muslim Pakistan-N (PML-N) Shehbaz Sharif hampir pasti akan dipilih untuk mengetuai negara bersenjata nuklear yang mempunyai 220 juta rakyat itu.

Menurut rekod, tiada perdana menteri pernah berkhidmat untuk penggal penuh di Pakistan, namun Imran adalah yang pertama kehilangan jawatan dengan cara itu.

Penyokong pembangkang turun ke jalanan awal Ahad, mengibarkan bendera kebangsaan dan parti.

Terdapat kehadiran anggota keselamatan besar-besaran di ibu negara, namun tiada insiden dilaporkan.

Pemangku Speaker Sardar Ayaz Sadiq berkata, seramai 174 ahli parlimen mengundi menyokong usul itu dan akibatnya, undi tidak percaya diluluskan.

Imran, 69, yang tidak hadir, kehilangan majoriti 342 kerusi kerana dikhianati rakan pakatan dan juga ahli partinya sendiri kerana pembangkang hanya memerlukan 172 undi untuk menyingkirkannya.

Pelbagai cubaan dilakukan Imran, sebelum ini, untuk terus berkuasa termasuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya.

Tetapi, Mahkamah Agung menganggap semua tindakannya menyalahi undang-undang minggu lalu, dan mengarahkan perhimpunan untuk bersidang semula dan mengundi.

Drama berlanjutan sehingga tengah malam seperti ditetapkan Mahkamah Agung apabila Speaker dewan iaitu penyokong setia Imran, meletak jawatan pada saat akhir.

Akhirnya, sesi diteruskan hingga Ahad.

Sumber : REUTERS

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 9, 2023 9:03 am

Latest Articles

Skip to toolbar