22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Pinda segera Akta Kanak-kanak 2001 – TMJ

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata pindaan perundangan seperti Akta Kanak-kanak 2001 perlu dilakukan segera bagi mengelak dakwaan kes seperti pengabaian dan penganiayaan remaja sindrom down, Bella berulang.

Katanya, pindaan itu mesti merangkumi aspek pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak, akreditasi, penilaian, pembiayaan dan pemantauan untuk memastikan semua pengendali beroperasi secara sah dengan cara pelaksanaan khidmat awam.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun, wakil UNICEF ke Malaysia Amanda Bissex, dan Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Khairin Nisa Ismail hari ini.

Ahad lalu, Tunku Ismail menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati kes Bella yang juga anak angkat di sebuah rumah kebajikan, Rumah Bonda.

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 30, kini dibicarakan atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Tunku Ismail berkata dari segi penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu mengaudit semua pusat jagaan kanak-kanak sedia ada yang diluluskan dan segera menutup pusat jagaan tidak berdaftar dengan jabatan itu atau beroperasi secara haram bermula di Johor serta-merta.

Katanya, tindakan undang-undang juga harus diambil terhadap pengusaha atau pemilik pertubuhan yang dijalankan secara haram.

“Kajian segera juga perlu dibuat mengenai syarat pusat jagaan kanak-kanak bermula di Johor ditauliahkan bersama-sama dengan garis panduan daripada UNICEF dan institusi bebas lain.

“Hasil kajian tersebut akan didedahkan kepada umum. Saya akan memastikan cadangan penambahbaikan ini diambil serius dan dilaksanakan segera,” katanya.

Tunku Ismail menegaskan kebajikan kanak-kanak terutama yang berada di rumah perlindungan hendaklah sentiasa dilindungi dan dijaga dengan baik.

Sumber : Free Malaysia Today

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 7:17 pm

Latest Articles

Skip to toolbar