20.9 C
Malaysia
Friday, September 23, 2022

Piala Dunia terakhir buat Ronaldo & Messi

Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi pasti akan mengkaji siapakah lawan yang bakal mereka temui untuk apa yang boleh dikatakan sebagai penampilan terakhir mereka di pentas Piala Dunia November selepas undian dilakukan esok.

Dua nama besar dalam dunia bola sepak, mengumpul pelbagai penghormatan sepanjang mereka beraksi sama ada untuk kelab atau negara namun kedua-duanya masih belum pernah menjulang trofi paling berprestij iaitu Piala Dunia.

Penyerang Portugal, Ronaldo berusia 37 tahun manakala penyerang Argentina, Messi 34, masing-masing akan beraksi di Piala Dunia kelima mereka dan tiada pemain yang pernah membuat penampilan di pentas itu sebanyak enam kali sebelum ini.

Peluang Ronaldo yang paling hampir menjulang piala berprestij itu adalah ketika penyertaan kali pertamanya pada 2006 di Jerman 2006 yang menyaksikan Portugal tewas kepada Perancis di separuh akhir.

Manakala Messi bersama Argentina muncul naib juara di Brazil pada 2014 selepas tewas kepada Jerman pada perlawanan akhir di Rio.

Kedua-dua mereka bagaimana tidak menyatakan sama ada akan cuba untuk membuat rekod penampilan keenam di Piala Dunia atau bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas kejohanan tahun ini tapi berdasarkan usia ia mungkin pentas terakhir mereka.

Portugal dan Argentina dijangka akan menjadi pilihan utama dalam bekas undian pertama, bermakna mereka boleh mengelak untuk berdepan dengan salah satu pasukan pilihan pada peringkat kumpulan membabitkan empat pasukan.

Juara bertahan Perancis dan juara lima kali Piala Dunia, Brazil adalah pilihan juara dengan England yang mara ke separuh akhir empat tahun lalu turut mengintai peluang.

Biarpun juara Eropah Itali gagal melayakkan diri, benua itu masih mempunyai pasukan berbahaya seperti Belgium, Sepanyol dan Jerman.

29 dari 32 pasukan akan berada dalam undian dengan kelayakan di Amerika Utara, Tengah dan Caribbean akan berlangsung hari ini.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,327
Total active cases
Updated on September 22, 2022 8:11 pm

Latest Articles

Skip to toolbar