22.3 C
Malaysia
Tuesday, October 4, 2022

Pertemuan Mane Dan Salah Buat kali ketiga

Cape Town: Algeria dan Tunisia berpeluang cerah ke Piala Dunia tetapi tiga lagi aksi playoff Afrika untuk merebut tiket ke Qatar dijangka sengit dan mendebarkan.

Dua pasukan berjiran di utara Afrika menang saingan peringkat pertama di tempat lawan Sabtu lalu dan pastinya akan menggunakan kelebihan di tempat sendiri untuk memastikan kemaraan.

Algeria menewaskan Cameroon 1-0 manakala tuah memihak Tunisia apabila jaringan sendiri pertahanan tuan rumah membolehkan mereka menang 1-0 di Mali.

Tetapi tiga lagi perlawanan tampak seimbang dan diramal sengit di Abuja, Casablanca, dan Dakar.

Pertembungan dua rakan sepasukan Liverpool, Sadio Mane dan Mohamed Salah antara yang mencuri tumpuan apabila Senegal menentang Mesir pada Rabu ini.

Mane meledak penalti kemenangan ketika Senegal menewaskan Mesir untuk menjuarai Piala Negara-Negara Afrika di Cameroon bulan lalu tetapi Salah menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Senegal dalam aksi pertama playoff di Kaherah.

Senegal lebih menguasai perlawanan tetapi gagal memanfaatkan banyak peluang dan mereka yakin mampu mengatasi defisit di Dakar.

Nigeria pula seri tanpa jaringan dengan Ghana dan kedua-dua pasukan yakin dengan peluang untuk mara dalam aksi di Abuja.

Tetapi Republik Demokratik Congo yang mara pada 1974 ketika dikenali sebagai Zaire berdepan tugas sukar menentang Maghribi di Casablanca.

Mereka melepaskan gol pada saat akhir di Kinshasa untuk keputusan 1-1 tetapi ketika penyokong Maghribi bergembira, jurulatih Vahid Halilhodzic tetap berwaspada.

Sumber : Harian Metro

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
23,331
Total active cases
Updated on October 4, 2022 11:47 am

Latest Articles

Skip to toolbar