21.1 C
Malaysia
Sunday, October 1, 2023

Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia dibuka mulai 15 April

Kota Bharu: Permohonan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi penuntut daripada golongan B40 akan dibuka mulai 15 April ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya sudah mendapatkan data dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan dianggarkan seramai 400,000 penuntut di seluruh negara bakal memperoleh manfaat daripada program berkenaan.

Katanya, bagaimanapun, pihaknya turut mempunyai senarai nama mahasiswa dan mahasiswi daripada keluarga B40 yang sudah berdaftar dan ia boleh dikenal pasti apabila pemohon memasukkan nombor kad pengenalan dan matriks melalui sistem yang disediakan.

“Sekiranya ada penuntut yang tercicir daripada senarai permohonan, mereka masih boleh memohon dan ia dikategorikan sebagai kes rayuan.

“Peranti ini akan diagihkan dalam dua sesi iaitu sesi pertama membabitkan 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima dan ia diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data lengkap, manakala sesi kedua pula adalah kes rayuan dan agihan ini tidak lewat 60 hari selepas daripada sesi pertama.

“Kami akan memulakan agihan peranti ini akan pada minggu kedua Jun. Peranti yang diberikan ini bukan kualiti rendah, tetapi jenama terbaik yang berada dalam pasaran,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan bakul Ramadan di Kampung Berangan, Batu 8, Kadok di sini hari ini.

Beliau berkata, permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi portal Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

“Pemohon dinasihatkan supaya tidak membuat permohonan menggunakan laman web lain melainkan portal rasmi K-KOMM yang dikhususkan untuk program peranti siswazah,” katanya.

Annuar berkata, peranti yang diberikan itu mempunyai jaminan yang mana apabila berlakunya kerosakan, penuntut boleh mengembalikannya untuk diganti serta diberi set gantian.

Katanya, peranti ini boleh diguna pakai selama tempoh pengajian mereka di universiti.

“Setelah tamat belajar, mereka perlu menyerahkan semula peranti ini kepada pusat pengajian dan kita akan tentukan apa yang akan dibuat dengan peranti ini.

“Pihak kami menggunakan konsep kebolehgunaan peranti percuma selama tempoh mereka menjadi penuntut dan ia tidak boleh pindah milik, dijual dan dihilangkan kerana ia berdaftar sebagai milik kerajaan.

“Ia bagi mengelakkan penyalahgunaan peranti kerana berdasarkan pengalaman lalu apabila penuntut memperoleh peranti, ada di antara mereka yang menjualnya malah ada yang memberikan kepada orang lain,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar