24.1 C
Malaysia
Thursday, September 29, 2022

Permohonan Laptop, Tablet Percuma Dibuka 15 April Ini

Sandakan: Kementerian Komunikasi dan Multimedia membuka permohonan kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi, kolej swasta, politeknik atau kolej komuniti untuk mendapatkan tablet atau laptop percuma pada 15 April ini.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, peranti berkenaan akan diserahkan pada Jun hadapan.

Menurutnya, kerajaan memahami kepayahan ibu bapa yang tidak berkemampuan membeli peranti yang mencecah ribuan ringgit.

“Mulai 15 April, kementerian akan buka satu portal di mana pelajar termasuk di luar bandar daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) boleh memohon laptop atau tablet.

“Beritahu mak dan ayah tak payah keluar duit nak beli laptop atau tablet. Mulai 15 April ini buat saja permohonan kepada kementerian secara online, kerajaan akan berikan percuma, ” katanya ketika berucap pada Program Santai Bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Bersama Keluarga Malaysia Daerah Sandakan, hari ini.

Menurutnya, sebanyak 450,000 peranti dijangka akan diedarkan untuk tahun ini melalui tiga fasa pemberian.

Dalam masa sama, pihaknya juga memberikan jaminan, peranti yang akan diberikan adalah yang berkualiti tinggi, dan bukan ‘cap ayam’.

“Saya harap pada minggu pertama Jun, kita mula mengedarkan tablet kepada mereka yang memohon yang mungkin akan membabitkan beratus ribu anak muda siswa siswi.

“Mereka akan mendapat tablet berkualiti tinggi bukan cap ayam… Saya jamin kita akan beri kualiti yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 100,000 orang diperlukan untuk menjadi duta komuniti seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kita akan ambil serta-merta, PM dah lancar semalam, jemaah menteri dan luluskan jadi kita laksanakan serta-merta.

“Kita boleh keluarkan watikah, mereka sudah boleh buat. Pada 1 April apabila pergerakan dibenarkan seperti biasa, kita harap duta komuniti sudah ada dalam masyarakat,” katanya.

Menurutnya, untuk pusingan pertama seramai 30,000 orang akan diambil dan dijangka mencecah 100,000 mengikut keperluan.

Jelasnya, duta komuniti amat diperlukan khususnya membantu ketika negara dalam fasa transisi pertukaran daripada pandemik ke endemik.

“Orang ramai boleh datang ke pejabat penerangan daerah untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mendapatkan watikah pelantikan agar tidak dipertikai kelak,” katanya.

Sumber : New Straits Times Press (M) Bhd

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,713
Total active cases
Updated on September 29, 2022 11:59 am

Latest Articles

Skip to toolbar