32.1 C
Malaysia
Wednesday, September 27, 2023

Permainan ekstrem Aero 360 rosak, pengunjung tergantung di udara

WASHINGTON – Sebuah permainan Aero 360 di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berhenti di tengah-tengah putaran sehingga menyebabkan pengunjung tergantung di udara, lapor laman berita India Today, semalam.

Insiden menakutkan itu berlaku di Taman Kennywood, barat Pennsylvania pada Isnin lalu. Video kejadian telah disiarkan di laman YouTube.

Rakaman menunjukkan sebilangan pengunjung di taman hiburan itu sedang tergantung secara terbalik pada permainan Aero 360.

“Pegawai sedang menyiasat kejadian di mana sebilangan pengunjung tersangkut dalam permainan Aero 360 di Taman Hiburan Kennywood, barat Pennsylvania.

“Pengunjung telah dipindahkan dan pegawai memaklumkan tiada siapa cedera,” demikian kapsyen pada klip video berkenaan

Menurut laporan, pihak pengurusan mengarahkan permainan itu kekal ditutup sehingga siasatan selesai.

“Kakitangan penyelenggaraan bertindak balas dengan dengan pantas mengubah kedudukan permainan itu dan memindahkan pengunjung dengan selamat.

“Keselamatan adalah keutamaan kami. Permainan itu masih ditutup sementara siasatan dijalankan,” kata jurucakap taman itu.

Sumber : Agensi

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar